Monday, June 13, 2011

Perkahwinan

hari sabtu yg lalu, menghabiskan masa bersama aida dan keluarganya. pergi kenduri kahwen kawan abg aida, merangkap kawan kami juga ketika kecil.  tak sangka sebaya2 kami da kawen da. Turn kami bile plak eh? hehheehe lambat lagi la. 
 dihadapan sebelum bergerak ke rumah pengantin.  yang tepi skali ni kawan baru sy. nama dia kak faz , tunang kepada abg aida. :) baru jer kenal masa ni. 
ini la dia pengantin. sufi. da kawen da dia. semoga bahagia selamanya ok!! :)  masa ni ekin da tak larat nak senyum sbb penat sgt. panas sgt. da berpeluh2. tiba2 muka jd ketat jer. nak senym tak mampu da..hehehehe
saja search erti perkahwinan dan hikmahnye. utk kite kongsikan bersama... :) 

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul(‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh islam.
hikmah perkahwinan
  • Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
  • Memelihara kesucian diri
  • Melaksanakan tuntutan syariat
  • Menjaga keturunan
  • Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
  • Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
  • Dapat mengeratkan silaturahim

No comments:

Post a Comment